Sunday, 28 September 2014

IDEA - Trading Food

PERKONGSIAN PROJEK FOOD TRADING



 PRODUK: TRADING KEK RED VELVET

Katakan anda pengeluar produk. 

- Kos yang paling kritikal adalah kos bahan. 

Sebiji kek red velvet di pasaran dengan saiz bekas seperti bekas dadih adalah berharga RM2.50. 

Kos bahan nya pula kemungkinan besar RM1.50. 

Ramai yang mengandaikan untung RM1 tersebut merupakan untung bersih. Walhal, setelah di tolak dengan kos upah, kos elektrik, untung bersih anda cuma sen-sen sahaja. 

Lihat contoh di bawah ini. 

Dengan menggunakan Tepung Premix Red Velvet, sekotak tepung ini dapat menghasilkan 30 bekas kek red velvet yang bersaiz besar (seperti di dalam gambar) yang boleh di jual maksimum sehingga RM4.50. 

Andaikan channel (tempat jualan) anda sekolah menengah. 

Anda ingin menjual dalam bekas seperti di dalam gambar dengan harga RM3.00 sebekas dan di supply ke kantin sekolah. 

Kantin sekolah akan menjual dengan harga RM3.50 .


Mari buat pengiraan keuntungan anda jika menggunakan Tepung Premix Red Velvet :

30 bekas - RM90
Modal tepung - RM16
Modal cheese - RM20
Air & Minyak - RM1
Elektrik - RM8
Bekas 30 - RM10
Upah membuat - RM20
Jumlah - RM75.

Keuntungan bersih sekotak tepung - RM15. 

Andaikan anda mempunyai 20 sekolah untuk di supply dengan kuantiti setiap sekolah 30 bekas. 

UNTUNG KASAR:
20 sekolah - RM15 X 20 = RM300  

RM30 Kos runner 
RM30 kos logistik

Jumlah - RM60 

UNTUNG BERSIH
RM300 - RM60 = RM240

 Ini untuk anda yang memang mengeluarkan produk.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...