Friday, 2 October 2015

Macam Tak Percaya....Betul ke WANITA lebih ramai disana!!!





Masyaallah....

KakNor ingin berkongsi sedikit cerita yang terbaca di blog seseorang dah lama....tapi hari ini baru tergerak hati ingin membaca...tu KakNor simpan dalam ibook dulu...

Apakah topik KakNor nak berkongsi dengan adik-adik semua adalah tentang kenapa ramai Wanita dikelihatan di Neraka...😭😭😭😭

Sedihnya...rasanya ramai wanita di dunia ini yang baik-baik belaka yang KakNor jumpa...tapi kenapa masih ramai lagi wanita yang di humban ke Neraka?

Meh kita jenguk cerita dari blog seseorang ini (Blog siapa KakNor sudah lupa sebab sudah lama simpan dalam ibook)


KENAPA WANITA RAMAI di NERAKA?


As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1- Kamu banyak mengutuk/menyumpah 

2- Kamu kufurkan kebaikan suami 


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

1- Banyak beristighfar 

2- Banyak bersedekah


Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah

Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang- kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.



Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’. 

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:”Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?”.][Tak guna sesen pun’]

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Masyaallah....semua yang diberitahu ini adalah perkara yang secara tidak sengaja kita pernah buat kan....


Ok mulai harini, mari kita beristifar dan berselawat banyak-banyak supaya kita tidak tergolong dari 2 wanita yang di sebut oleh Rasulullag SAW tadi...


#Mykhalishtailor
#Mykhalishtips
#CeritaMykhalish
#Mommy3hero
#WaHM
#Bekerjadarirumah

#Nabil #Khalis #Thaqif

--------------------------------------------------------------------
Blog info:
Http://www.mikhalish.com/blog

Facebook KakNor:
Fb.com/norazila
Fb.com/mykhalishtailor

 



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...