Thursday, 14 November 2019

SEDEKAH TIDAK MENGURANGKAN KEWANGAN KITA



KELEBIHAN SEDEKAH YANG KITA TIDAK KETAHUI SEBELUM INI


Sedekah adalah pemberian ikhlas kita kepada seseorang sebagai bukti ketaatan kita kepada ALLAH s.w.t . Sedekah tidak boleh dipaksa...ia datang dari hati yang iklhas dengan pemberian yang mengikut kemampuan seseorang

Erti sedekah dalam islam, buka hanya dari segi KEBENDAAN sahaja... tapi dari segi PERTOLONGAN juga boleh di anggap sedekah. Selain itu adalah mengajar ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda " Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu" - Hadis Riwayat Bukhari

Ok apakah kebaikan SEDEKAH ini? Jom kita tgk :-

#1 - Menghapuskan Dosa

Dari kita bersedekah ini, ia boleh menghapuskan dosa dan kessalahan yang lalu. Namun kita kena lah kesali akan dosa yang kita buat dulu...insafi akan dosa itu dengan taubat nasuha...berjanji tak akan buat lagi untuk masa akan datang.

" Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air itu memadamkan api" - Hadis Riwayat at Tirmidzi

#2 - Memisahkan Diri Dari Neraka

"Bersedekahlah kamu sekalian, kerana sesungguhnya sedekah itu pemisah dari neraka"

walaupun nilai sedekah kita itu adalah sedikit tapi ia adalah mengelakkan diri dari api neraka.

" Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sedekah sebutir kurma"

#3 - Dilipat Gandakan Pahala

Amalan sedekah juga sangat disukai oleh ALLAH s.a.w selain dari menjadi amalan yang baik iaitu memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah

" Perumpamaan org menanam sebutir biji yang menumbuhkan 7 untai yang tiap2 untai terdapat seratus biji. dan ALLAH s.a.w melipat gandakan kepada org yg dikehendakinya" - Surah Al Baqarah:261

#4 - Melalui Jambatan Siratal Mustaqim Dengan Cepat

Jambatan Siratal Mustaqim ini tidak ramai yang berjaya melepasinya atau berjaya mengharunginya... tapi ia akan lebih mudah kepada pemberi sedekah. Lalu jgnlah kita kedekut untuk bersedekah kerana ia akan memberi pertolongan kpd kita pada hari akhirat nnt

#5 - Memadamkan Kepanasan Alam Kubur

Nabi s.s.w pernah bersabda:
" Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapt memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan org mukmin akan bernaung di bawah bayang-bayang sedekahnya"

wahh bestnya kan...jom kita sedekah tau!!

#6 - Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat

Golongan yang rajin bersedekah akan mendapat naungan ALLAH pada hari akhirat nanti.

Namun ia kenalah dgn ikhlas dan tidak menghebahkan sedekah kita tuh kpd org lain atau jgn riak.


Haatuh lah serba sedikit yang kakak dapat pengajaran pagi ini...rupanya banyak kebaikan bersedekah nih kan...igtkan dapat pahala jer...rupanya byk lagi....





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...