This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, 26 April 2016

Kekalkan Kesegaran Sayur bila Masak Goreng

ISebelum nih tak pernah tgk resepi orang lain untuk masak sayur...main hentam sahaja...

Kali ni Hakak cuba mencari resepi kawan2 yang boleh dijadikan petua...

Wahh...kekal segar sayur nih...en suami pun suka.itu yang penting...alhamdulillah..


Ni cara Hakak Nor buat...


Didihkan air dlm kuali dan letak sayur.
Bila dah nampak sayur dah masak angkat masuk dlm pinggan.


Pastu baru tumiskan bawang putih + sos tiram nih...


Dan taraaa....dah masak sayur.sayur masih fresh dan tudak layu...


Ahakkk... Hakak dah tahu...yeeyyy...

#masak2utkfamilyje
#Segellas
#MykhalishTailor
#ThePuffPia

Friday, 22 April 2016

Tudung Little Kids Untuk Raya 2016

Tudung Awning kain Lycra
Saiz s : 2 - 7thn
Rm15.90 shj


Pagi2 bangun subuh mahu beristiqorah...tapi kuar dari toilet dah terdgr azan subuh...terlepas lagi gamaknya...😫
....sedapkan hati dengan ikat Tudung2 ini lah...jom jom jeling sini yer...

Tudung 2Muka - Lycra Cotton Lembut
Saiz s : 3 - 8thn
Harga rm19.90 shj


Senang nak pakai kalau tudung 2muka nih...terletak je di muka anak2 kecil...

Lagipun mereka kan lasak...

Pasti Mama suka dengan kainnya yang sejuk lembut...












Friday, 8 January 2016

Mama melampau

#AHI
#Mama3hero
#MykhalishTailor
#Koffeebuku

Subuh aku dikejutkan oleh anak ke 2 sebab dia kena pergi latihan bola setiap sabtu kat sekolah...

"Mama..mama...cepat bangun. Subuh dah lewat ni"...

ohhh aku bergegas tengok jam di dinding bilik dan terus bangun ke tandas untuk amik wuduk dan solat...

Alhamdulillah sempat kejutkan abang dan adik semua untuk bangun solat subuh...

Dengan malasnya perlahan-lahan aku merayap ke atas katil semula...tapi sekali lagi dikejutkan oleh anak ke 2 tadi...

"Mama..mama... Cepat mandi, khalis nak pergi latihan bola ni"..

Errrkkk dengan malasnya aku buka mata dan ambil telefon tengok whatsapp group sedara..sambil tangan laju menaip...

"Aqil..aqil tak pergi latihan bola ker harini?"

Membuat pertanyaan dalam group itu pada sepupunya...dengan niat mamanya datang amik khalis juga untuk ke latihan bola pagi ini....

Dapat reply: " Khalis dah siap ker?..kejap lagi Aqil sampai"...

Wah...mama boleh bermalas-malasan atas katil lagi...selesai hal Khalis...tinggal tunggu je...😀😀😀

Tiba-tiba Encik Suami pula tanya...

"Mama...pagi ini kita sarapan apa?"

Errrkkkk....akhirnya bila encik suami dah bersuara wajib bangun dan aku terus ke dapur menyediakan sarapan pagi...

Hancus lebur hati nak manjakan mata pagi-pagi ni....😜😜😜



AYAT TUNGGAL vs AYAT MAJMUK

IAYAT TUNGGAL

Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.    
        
Subjek    =  Lelaki gemuk itu           
Predikat  =  sedang menembak burung.

AYAT MAJMUK

Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : 
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )           
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )            
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )

#notabahasa #tatabahasa #ayattunggal #ayatmajmuk

Friday, 27 November 2015

Rezeki Dapat Tiket PERCUMA lagi!!!....☺️

Hiii semua....dah mmalam baru ada masa nk update blog...

Kak Nor nk kongsi sesuatu yg best....kali ke 2 dapat Tiket Seminar FREE dari Sifufbads...

Yang pertama dulu awal Oktober 2015.... Tiket IMKK 1-4hb Oktober 2015 ☺️☺️☺️

Esok Kaknor dapat lagi FREE Tiket untuk Seminar Missing Chapter 3.0 28hb Nov 2015...😏😏😏...dapat 2 TIket lagi uolllsss....😮😮😮...KakNor share dgn jiran, sbb balik malam jadi pergi dengan jiran En. Suami tak bising 😝


Macamana lah KakNor bertuah mendapat Tiket Free selalu nih??... Kaknor pun kadang2 rasa conpius juga acaner KakNor terpilih mendapat Tiket FrEE ini...

Mungkin juga KakNor aktif dlm FB sifufbads....selalu komen...selalu like...selalu follow sifufbads kot....mungkin juga kan....

Ataupun amalan yag KakNor tak pernah tinggal ada lah Solat Sunat Dhuha...kalu tak sempat tuh rasa macam bersalah je...

Tak salahkan kalau kita amalkan Solat Sunat Dhuha itu...menambahkan rezeki kita lagi...insyaallah...

Ok lah...cukuplah untuk malam nih....nak layan Juara Parodi pula..🙈🙈

Tunggu esok Update terbaru di Seminar Sifufbads pula...tak sabarnya nak menimba Ilmu...semoga ilmu ini boleh KakNor share di sini nanti...

#mykhalishtailor
#lexeebrandofficial


Wednesday, 21 October 2015

Mama Masak Apa Tuuu!!!!

Assalamualaikum....

Sekolah Cuti Lagi....Mama Sudah Pening Juga Mahu Buat Aktiviti Apa Dengan Anak2....

Disebabkan Musim Minggu Exam....Jadi Aktiviti Game...PS3...Ipad...Hp Disembunyikan. Melainkan ada Sebab Tertentu....Seperti Mahu Ulangkaji Melalui Internet.

Untuk Melihat Bank Soalan KSSR Boleh Klik Di sini 👇🏽




Ni Dah Tah Mama Tak Terlayan Nak Study Sesama Mereka....Bagi Soalan Dan Bagi Mereka Buat Sendiri...Nanti Boleh Semak Jawapan Di Link Itu Juga.

Ehh...Tadi Mama Mahu Masak Apa Yer?...Tetiba Khalis Datang Kejutkan...

Ok Lah Jom Kita Buat Desert Sikit...Test Test Masak Desert...Hohohoho...



Bahan-Bahan:
Roti
Telor
Gula
Teping Jagung
Susu Cair

Mudah Je Bahan-Bahannya...Guna Ada Didapur Je...

Anak2 Tak Sabar Sebenarnya Nak Rasa Desert Mama Nih...DiSebabkan Mereka Sudah Tersangat Bosan Ada Kat Umah Sebab Kena Belajar....Ayoohhhhh Anak2Ku...










Monday, 19 October 2015

Horeyyyy Cuti Lagi Exam!!!!

Horey...Horey...Horey....(Sambil Buat Pergerakkan Lompat Seakan-Akan Menari) Ni Anak Yang Sorokkan Ke Emak-Emak Yang Sorokkan Nih.....Alolohloh...Ekekekekekkk....

Apa lah yg difikirkan oleh anak-anak bila EXAM ditangguhkan....huhuhu....ape lg....Ulangkaji Dilanjutkan....masakkk lah anak-anak....ahaha...


Macam ni lah ragam bila Exam ditangguhkan akibat jerebu...mama 3 hero puas handle hero semua ini untuk duduk dimeja untuk sambung ulangkaji.

Betul tak mama semua?..

Adalah 10 mnt kekal di tempat duduk....dah lepas tu mula bercakap....mula ubah posisi kedudukan....mula pusing kiri dan kanan....mula borak2....mula cari idea nk gelak2...😇😇😇 

Mama 3 Hero nih yg pening memikirkan cara-cara untuk mereka fokus mengulangkaji....Ok...saja nak share sikit macamana mama 3 hero buat mereka fokus pada kerja memasing....antaranya ;

🍭Memberi habuan seperti setiap 1jam ulangkaji akan rehat 10 minit....
🍭Masak makanan kegemaran mereka cthnya; nasi beriani + ayam, nasi air ( bubur nasi)
🍭Boleh berbasikal ke masjid untuk solat Zohor & Asar ( aktiviti berbasikal adalah kegemaran 3 hero ini)
🍭Jadualkan waktu belajar & waktu bermain serta waktu untuk mereka tidur.

Insyaallah mama diluar sana boleh cuba praktikkan...untuk waktu kecemasan mengulangkaji pelajaran.

Ini lah 3 hero mama....buah hati mama...👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

Muhammad Nadhir Thaqif- 5thn ( Tadika Pasti)

Muhammad Zahin Khalis - 8 thn - SK Bukit Jelutong

Muhammad Faris Nabl - 11thn - SK Bukit Jelutong

#mykhalishtailor
#mykhalishaktiviti
#tbaniaga
#misizerokredit2015



Saturday, 17 October 2015

Betul Ke Sarapan Boleh Kurus!!!

Asssalamualaikum....

Harini Kak Nor Mahu Bercerita Pasal Sarapan Boleh Ke Kuruskan Badan?

Haaa...Mesti Ramai Yang Ingin Tahu Sarapan Yang Macamana Yang Boleh menurunkan Berat Badan Seseorg...

Wahhhh....Suprise Juga Nak Tahu Nih...

jom Kita Godek2 Blog Kawan2 Yang Lain....

Penyoal : Prof Hariz, kenapa saya follow Diet Plan awak berat badan saya lambat turun, saya dah rasa giveup la macam ni

Prof Hariz : Awak skip sarapan pagi”

Penyoal : Yup saya jarang ambil sarapan pagi, lagipun tak biasalah bangun pagi makan nanti nak muntah.

Prof Hariz : Okay awak tunggu artikel terbaru saya “Kenapa Sarapan Pagi Penting Untuk Kurus” nanti ya.

Boleh dikatakan ramai rakyat malaysia yang tak suka sarapan pagi. Penat-penat Diet Atkins Malaysia lepas tu berat badan tak turun. Bila tak turun mula giveup. Sabar abang, kakak, adik semua. Saya nak mengajak anda untuk faham pepatah ini “Breakfast like a king, lunch like ordinary person and dinner like a poor“. Faham tak? Bagus kalau faham.


Sarapan pagi

Kebaikkan Sarapan Pagi Yang Perlu Anda Amalkan

  • Bantu mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan kuasa otak:
  • Tingkatkan mood anda:
  • Meningkatkan tenaga:
  • Mengurangkan risiko penyakit

Keburukkan Skip Sarapan Pagi Yang Perlu Anda Tinggalkan 

  • Tidak membantu menurunkan berat badan
  • Menurunkan kadar metabolisme badan
  • Meningkatkan berat badan
  • Tidak bertenaga
  • Anda tidak akan cantik dan kacak

Bagi pendiet-pendiet atkins saya mengajak anda untuk melihat Rujukan Menu Lengkap Diet Atkins dan Idea Mudah Sarapan Pagi Diet Atkin


Haaa....tu Dia. nasihat Dari Yang Pakar. Dr Hariz Ni Telah Mengamalkan Diet Atkin....Tapi Nasihatnya Adalah Terbuka.



Sunday, 4 October 2015

Aktiviti Anak-anak waktu CUTI Jerebu

Hari ini dapat info terkini berkenaan Sekolah Cuti akibat Jerebu yang semakin meningkat di ShAh Alam...




Oh! cuti oh! cuti

Mama sudah pening mahu buat aktiviti mengejut dengan anak-anak... Istilah cuti bagi anak-anak adalah waktu bermain...main.... Dan main...

Tetapi 19 oktober 2015 adalah tarikh untuk exam akhir bagi anak-anak....





Friday, 2 October 2015

Macam Tak Percaya....Betul ke WANITA lebih ramai disana!!!





Masyaallah....

KakNor ingin berkongsi sedikit cerita yang terbaca di blog seseorang dah lama....tapi hari ini baru tergerak hati ingin membaca...tu KakNor simpan dalam ibook dulu...

Apakah topik KakNor nak berkongsi dengan adik-adik semua adalah tentang kenapa ramai Wanita dikelihatan di Neraka...😭😭😭😭

Sedihnya...rasanya ramai wanita di dunia ini yang baik-baik belaka yang KakNor jumpa...tapi kenapa masih ramai lagi wanita yang di humban ke Neraka?

Meh kita jenguk cerita dari blog seseorang ini (Blog siapa KakNor sudah lupa sebab sudah lama simpan dalam ibook)


KENAPA WANITA RAMAI di NERAKA?


As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1- Kamu banyak mengutuk/menyumpah 

2- Kamu kufurkan kebaikan suami 


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

1- Banyak beristighfar 

2- Banyak bersedekah


Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah

Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang- kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.



Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’. 

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:”Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?”.][Tak guna sesen pun’]

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Masyaallah....semua yang diberitahu ini adalah perkara yang secara tidak sengaja kita pernah buat kan....


Ok mulai harini, mari kita beristifar dan berselawat banyak-banyak supaya kita tidak tergolong dari 2 wanita yang di sebut oleh Rasulullag SAW tadi...


#Mykhalishtailor
#Mykhalishtips
#CeritaMykhalish
#Mommy3hero
#WaHM
#Bekerjadarirumah

#Nabil #Khalis #Thaqif

--------------------------------------------------------------------
Blog info:
Http://www.mikhalish.com/blog

Facebook KakNor:
Fb.com/norazila
Fb.com/mykhalishtailor

 



Wednesday, 30 September 2015

Didik anak Solat & Baca AlQuran


Harini KakNor nak kongsi sesuatu yang kami selalu praktikan di rumah....alhamdulillah setakat ini anak-anak KakNor boleh ikut semua peraturan dalam rumah ni...

Jom lihat apa yang ingin mommy kongsikan.....

ramai anak- anak sekarang yang tidak mendengar cakap orang tuanya .Sedih kan? Sebagai orang tua....inilah yang sangat menguji hati dan perasaan. Sebab utama ini terjadi adalah kerana kita tak didik anak  asas agama ,iaitu solat.

ajar anak solat,mengaji ,al quran,belajar al-quran



BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK-ANAK SUPAYA SOLAT & BACA ALQURAN

Ramai tanya saya soalan ni sebenarnya.Ramai tak tahu tentang tips mudah ini.sebenarnya anak kita akan ikut apa yg kita buat dihadapan mereka.

Setiap kali kita solat bawa mereka sekali solat dengan kita.memang mereka tak akan solat.Tetapi setiap perbuatan kita mereka akan perhatikan dan akan simpan dalam memori mereka.

Lama- lama,mereka akan solat sekali dengan kita.Percayalah.Lambat atau cepat je.
Nak lagi baik,bawa mereka ke masjid setiap hari.Bawa la mainan mereka sekali supaya x kacau makmum lain.

Fakta ini bertepatan dengan pepatah “Actions speak louder than words”. Perbuatan bercakap lebih kuat dari kata2.

SELEPAS SOLAT APA PULA?

Al-quran adalah perkara yang perlu ditumpukan selepas solat.ada bermacam- macam teknik mengajar anak pandai baca quran.

APAKAH CARA BERKESAN AJAR MENGAJI?

Kajian mengatakan,dalam mendidik anak-anak mengaji,hanya perlu cara yang santai tak perlukan cara yang keras.Berikan mereka hadiah setiap kali berjaya selesaikan 1 sesi,atau 1 muka surat contohnya.

CARA ASAS DAN MUDAH AJAR ANAK MENGAJI

Mengikut kajian kami, ada 1 cara paling mudah untuk mulakan ajar anak mengaji.Kaedah ini sangat berkesan. Simple,tapi power. Ajar mereka menggunakan quran iqra' bergambar....


👆🏽 ini Buku Iqra' yang bergambar...anak-anak mommy suka belajar dengan menggunakan buku ini..


Teknik yang digunakan dalam buku ini juga adalah teknik Feonik...iaitu kenal bunyi.




Jika sebelum ini mereka duduk depan quran 5 minit sahaja....selepas gunakan teknik ni,peningkatan masa mereka bersama alquran akan meningkat sehingga  berganda-ganda...

Macamana tu?
Sebab Iqra' ini siap terjemahan huruf per huruf.Lagi pula ianya berberwarna warni & bergambar. Menarik minat anak-anak yang suka warna warni dan gambar.

#Mykhalishtailor
#Mykhalishtips
#CeritaMykhalish
#Mommy3hero
#WaHM
#Bekerjadarirumah

#Nabil #Khalis #Thaqif

--------------------------------------------------------------------
Blog info KakNor:
Http://www.mikhalish.com/blog

Facebook KakNor:
Fb.com/norazila
Fb.com/mykhalishtailor



Durian runtuh


Dah lama nk join IMKK (Insentif Magnet Kekayaan & Kejayaan).... Ada 2 tahun juga rasanya selalu kawan-kawan update di Status FB...mereka dah join IMKK...

Minggu lepas Sifufbads ada bagi FREE tiket IMKK, tapi kena menjawab kenapa anda ingin menang tiket IMKK itu. Ada 100 tiket yang diberi percuma...

Saya dengan lajunya menaip di status Sifufbads dan memberi alasan yang terbaik....Alhamdulillah rezeki di pihak saya...selepas tarikh tutup...dan diumumkan saya terpilih antara 100 orang pemenang itu.

Syukur sangat....

#PemenangNo63
#mykhalish
#rezekianakanak
#durianruntuh






Sunday, 16 August 2015

Tips-Tips Memilih Langsir

Cara Memilih Langsir Rumah Paling Cantik

    

5 Tips Memilih Langsir Untuk Rumah atau pejabat yang boleh dijadikan panduan bila ingin mencari langsir baru. Apa yang penting adalah langsir tersebut sesuai dan selesa untuk anda.
1) Bajet – sediakan bajet sebelum anda membuat sesuatu perkara supaya ia tidak membebankan anda nanti untuk membayar. Jika bajet anda besar, anda boleh memilih untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar...tapi jika bajet anda kecil, cukup sekadar membuat rekaan langsir yang ringkas.
2) Ambil Ukuran – Jika ingin membeli sendiri Fabrik Langsir anda, pastikan anda sudah ada simpan ukuran tingkap / pintu atau tempat yang perlukan Langsir sebelum keluar mencari Fabrik tersebut. Jika anda tidak ada cukup masa untuk memilih Fabrik Langsir anda boleh juga menggunakan Khidmat Dari Pembuat Langsir. Hanya pilih sahaja di dalam katalog.
3) Jenis Fabrik – Pemilihan fabrik langsir mesti mengambil kira pencahayaan dan suasana sesuatu ruang itu. Kebiasaan untuk ruang tamu sangat digalakkan membuat 2 lapis langsir untuk langsir nipis (pencahayaan) dan langsir yang memerangkap cahaya. Untuk bilik pula cukup sekadar 1 jenis sahaja iaitu langsir malam yang boleh memerangkap cahaya.
4) Pemilihan Warna Dan Corak –  Warna dan corak pada fabrik langsir juga memainkan peranan dalam menentukan tarikan pada susun atur dekorasi. Sekiranya anda ingin ruang bilik kelihatan luas dan ceria, eloklah memilih warna langsir yang lebih cerah dan corak yang ringkas agar tidak kelihatan sarat. Manakala jika ingin suasana yang agak malap, seperti dalam kamar tidur, pilihlah langsir yang lebih gelap warnanya. Warna dan corak fabrik langsir juga perlu dipadankan dengan warna dan jenis perabut agar dekorasi ruang tersebut nampak kemas dan menarik.
5) Jenis Rekaan Langsir – Rekaan langsir juga sangat penting untuk menjadikan ruang itu sesuai dengan masa kini...tapi ia juga bergantung kepada bajet.Anda boleh juga mendapatkan Nasihat percuma dari pereka langsir anda.
Selain itu untuk menjadikan sesuatu ruang itu luas, pemasangan langsir harus lebih tinggi dari tingkap atau terus rapat dari atas.
Semoga tips-tips memberi anda idea untuk langsir anda.

#MykhalishTailor
#PerekaLangsirAnda
#FreeConsultation
#ShahAlamTailor
#KotaDamansaraTailor



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...