This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, 17 October 2015

Betul Ke Sarapan Boleh Kurus!!!

Asssalamualaikum....

Harini Kak Nor Mahu Bercerita Pasal Sarapan Boleh Ke Kuruskan Badan?

Haaa...Mesti Ramai Yang Ingin Tahu Sarapan Yang Macamana Yang Boleh menurunkan Berat Badan Seseorg...

Wahhhh....Suprise Juga Nak Tahu Nih...

jom Kita Godek2 Blog Kawan2 Yang Lain....

Penyoal : Prof Hariz, kenapa saya follow Diet Plan awak berat badan saya lambat turun, saya dah rasa giveup la macam ni

Prof Hariz : Awak skip sarapan pagi”

Penyoal : Yup saya jarang ambil sarapan pagi, lagipun tak biasalah bangun pagi makan nanti nak muntah.

Prof Hariz : Okay awak tunggu artikel terbaru saya “Kenapa Sarapan Pagi Penting Untuk Kurus” nanti ya.

Boleh dikatakan ramai rakyat malaysia yang tak suka sarapan pagi. Penat-penat Diet Atkins Malaysia lepas tu berat badan tak turun. Bila tak turun mula giveup. Sabar abang, kakak, adik semua. Saya nak mengajak anda untuk faham pepatah ini “Breakfast like a king, lunch like ordinary person and dinner like a poor“. Faham tak? Bagus kalau faham.


Sarapan pagi

Kebaikkan Sarapan Pagi Yang Perlu Anda Amalkan

  • Bantu mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan kuasa otak:
  • Tingkatkan mood anda:
  • Meningkatkan tenaga:
  • Mengurangkan risiko penyakit

Keburukkan Skip Sarapan Pagi Yang Perlu Anda Tinggalkan 

  • Tidak membantu menurunkan berat badan
  • Menurunkan kadar metabolisme badan
  • Meningkatkan berat badan
  • Tidak bertenaga
  • Anda tidak akan cantik dan kacak

Bagi pendiet-pendiet atkins saya mengajak anda untuk melihat Rujukan Menu Lengkap Diet Atkins dan Idea Mudah Sarapan Pagi Diet Atkin


Haaa....tu Dia. nasihat Dari Yang Pakar. Dr Hariz Ni Telah Mengamalkan Diet Atkin....Tapi Nasihatnya Adalah Terbuka.



Sunday, 4 October 2015

Aktiviti Anak-anak waktu CUTI Jerebu

Hari ini dapat info terkini berkenaan Sekolah Cuti akibat Jerebu yang semakin meningkat di ShAh Alam...




Oh! cuti oh! cuti

Mama sudah pening mahu buat aktiviti mengejut dengan anak-anak... Istilah cuti bagi anak-anak adalah waktu bermain...main.... Dan main...

Tetapi 19 oktober 2015 adalah tarikh untuk exam akhir bagi anak-anak....





Friday, 2 October 2015

Macam Tak Percaya....Betul ke WANITA lebih ramai disana!!!





Masyaallah....

KakNor ingin berkongsi sedikit cerita yang terbaca di blog seseorang dah lama....tapi hari ini baru tergerak hati ingin membaca...tu KakNor simpan dalam ibook dulu...

Apakah topik KakNor nak berkongsi dengan adik-adik semua adalah tentang kenapa ramai Wanita dikelihatan di Neraka...😭😭😭😭

Sedihnya...rasanya ramai wanita di dunia ini yang baik-baik belaka yang KakNor jumpa...tapi kenapa masih ramai lagi wanita yang di humban ke Neraka?

Meh kita jenguk cerita dari blog seseorang ini (Blog siapa KakNor sudah lupa sebab sudah lama simpan dalam ibook)


KENAPA WANITA RAMAI di NERAKA?


As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1- Kamu banyak mengutuk/menyumpah 

2- Kamu kufurkan kebaikan suami 


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

1- Banyak beristighfar 

2- Banyak bersedekah


Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah

Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang- kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.



Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’. 

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:”Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?”.][Tak guna sesen pun’]

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Masyaallah....semua yang diberitahu ini adalah perkara yang secara tidak sengaja kita pernah buat kan....


Ok mulai harini, mari kita beristifar dan berselawat banyak-banyak supaya kita tidak tergolong dari 2 wanita yang di sebut oleh Rasulullag SAW tadi...


#Mykhalishtailor
#Mykhalishtips
#CeritaMykhalish
#Mommy3hero
#WaHM
#Bekerjadarirumah

#Nabil #Khalis #Thaqif

--------------------------------------------------------------------
Blog info:
Http://www.mikhalish.com/blog

Facebook KakNor:
Fb.com/norazila
Fb.com/mykhalishtailor

 



Wednesday, 30 September 2015

Didik anak Solat & Baca AlQuran


Harini KakNor nak kongsi sesuatu yang kami selalu praktikan di rumah....alhamdulillah setakat ini anak-anak KakNor boleh ikut semua peraturan dalam rumah ni...

Jom lihat apa yang ingin mommy kongsikan.....

ramai anak- anak sekarang yang tidak mendengar cakap orang tuanya .Sedih kan? Sebagai orang tua....inilah yang sangat menguji hati dan perasaan. Sebab utama ini terjadi adalah kerana kita tak didik anak  asas agama ,iaitu solat.

ajar anak solat,mengaji ,al quran,belajar al-quran



BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK-ANAK SUPAYA SOLAT & BACA ALQURAN

Ramai tanya saya soalan ni sebenarnya.Ramai tak tahu tentang tips mudah ini.sebenarnya anak kita akan ikut apa yg kita buat dihadapan mereka.

Setiap kali kita solat bawa mereka sekali solat dengan kita.memang mereka tak akan solat.Tetapi setiap perbuatan kita mereka akan perhatikan dan akan simpan dalam memori mereka.

Lama- lama,mereka akan solat sekali dengan kita.Percayalah.Lambat atau cepat je.
Nak lagi baik,bawa mereka ke masjid setiap hari.Bawa la mainan mereka sekali supaya x kacau makmum lain.

Fakta ini bertepatan dengan pepatah “Actions speak louder than words”. Perbuatan bercakap lebih kuat dari kata2.

SELEPAS SOLAT APA PULA?

Al-quran adalah perkara yang perlu ditumpukan selepas solat.ada bermacam- macam teknik mengajar anak pandai baca quran.

APAKAH CARA BERKESAN AJAR MENGAJI?

Kajian mengatakan,dalam mendidik anak-anak mengaji,hanya perlu cara yang santai tak perlukan cara yang keras.Berikan mereka hadiah setiap kali berjaya selesaikan 1 sesi,atau 1 muka surat contohnya.

CARA ASAS DAN MUDAH AJAR ANAK MENGAJI

Mengikut kajian kami, ada 1 cara paling mudah untuk mulakan ajar anak mengaji.Kaedah ini sangat berkesan. Simple,tapi power. Ajar mereka menggunakan quran iqra' bergambar....


👆🏽 ini Buku Iqra' yang bergambar...anak-anak mommy suka belajar dengan menggunakan buku ini..


Teknik yang digunakan dalam buku ini juga adalah teknik Feonik...iaitu kenal bunyi.




Jika sebelum ini mereka duduk depan quran 5 minit sahaja....selepas gunakan teknik ni,peningkatan masa mereka bersama alquran akan meningkat sehingga  berganda-ganda...

Macamana tu?
Sebab Iqra' ini siap terjemahan huruf per huruf.Lagi pula ianya berberwarna warni & bergambar. Menarik minat anak-anak yang suka warna warni dan gambar.

#Mykhalishtailor
#Mykhalishtips
#CeritaMykhalish
#Mommy3hero
#WaHM
#Bekerjadarirumah

#Nabil #Khalis #Thaqif

--------------------------------------------------------------------
Blog info KakNor:
Http://www.mikhalish.com/blog

Facebook KakNor:
Fb.com/norazila
Fb.com/mykhalishtailor



Durian runtuh


Dah lama nk join IMKK (Insentif Magnet Kekayaan & Kejayaan).... Ada 2 tahun juga rasanya selalu kawan-kawan update di Status FB...mereka dah join IMKK...

Minggu lepas Sifufbads ada bagi FREE tiket IMKK, tapi kena menjawab kenapa anda ingin menang tiket IMKK itu. Ada 100 tiket yang diberi percuma...

Saya dengan lajunya menaip di status Sifufbads dan memberi alasan yang terbaik....Alhamdulillah rezeki di pihak saya...selepas tarikh tutup...dan diumumkan saya terpilih antara 100 orang pemenang itu.

Syukur sangat....

#PemenangNo63
#mykhalish
#rezekianakanak
#durianruntuh






Sunday, 16 August 2015

Tips-Tips Memilih Langsir

Cara Memilih Langsir Rumah Paling Cantik

    

5 Tips Memilih Langsir Untuk Rumah atau pejabat yang boleh dijadikan panduan bila ingin mencari langsir baru. Apa yang penting adalah langsir tersebut sesuai dan selesa untuk anda.
1) Bajet – sediakan bajet sebelum anda membuat sesuatu perkara supaya ia tidak membebankan anda nanti untuk membayar. Jika bajet anda besar, anda boleh memilih untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar...tapi jika bajet anda kecil, cukup sekadar membuat rekaan langsir yang ringkas.
2) Ambil Ukuran – Jika ingin membeli sendiri Fabrik Langsir anda, pastikan anda sudah ada simpan ukuran tingkap / pintu atau tempat yang perlukan Langsir sebelum keluar mencari Fabrik tersebut. Jika anda tidak ada cukup masa untuk memilih Fabrik Langsir anda boleh juga menggunakan Khidmat Dari Pembuat Langsir. Hanya pilih sahaja di dalam katalog.
3) Jenis Fabrik – Pemilihan fabrik langsir mesti mengambil kira pencahayaan dan suasana sesuatu ruang itu. Kebiasaan untuk ruang tamu sangat digalakkan membuat 2 lapis langsir untuk langsir nipis (pencahayaan) dan langsir yang memerangkap cahaya. Untuk bilik pula cukup sekadar 1 jenis sahaja iaitu langsir malam yang boleh memerangkap cahaya.
4) Pemilihan Warna Dan Corak –  Warna dan corak pada fabrik langsir juga memainkan peranan dalam menentukan tarikan pada susun atur dekorasi. Sekiranya anda ingin ruang bilik kelihatan luas dan ceria, eloklah memilih warna langsir yang lebih cerah dan corak yang ringkas agar tidak kelihatan sarat. Manakala jika ingin suasana yang agak malap, seperti dalam kamar tidur, pilihlah langsir yang lebih gelap warnanya. Warna dan corak fabrik langsir juga perlu dipadankan dengan warna dan jenis perabut agar dekorasi ruang tersebut nampak kemas dan menarik.
5) Jenis Rekaan Langsir – Rekaan langsir juga sangat penting untuk menjadikan ruang itu sesuai dengan masa kini...tapi ia juga bergantung kepada bajet.Anda boleh juga mendapatkan Nasihat percuma dari pereka langsir anda.
Selain itu untuk menjadikan sesuatu ruang itu luas, pemasangan langsir harus lebih tinggi dari tingkap atau terus rapat dari atas.
Semoga tips-tips memberi anda idea untuk langsir anda.

#MykhalishTailor
#PerekaLangsirAnda
#FreeConsultation
#ShahAlamTailor
#KotaDamansaraTailor



Tuesday, 18 November 2014

Kisah anak muda berjinak dengan perniagaan Online

KAFTAN BATIK tempahan dari Customer Erina dari shah alam yang baru menceburkan diri dalam bisnes perniagaan online.

Tempahan boleh dibuat minimum 30pcs sahaja dengan harga yang agak berbaloi dengan jahitan yang kemas dan berkualiti butik..

Erina sudah membuat repeat order beberapa kali kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan dia yang menggemarkan design kaftan moden.

Design Kaftan Erina: Leher Bulat - Zip untuk breastfeeding - tangan menutup hampir seluruh - tali disediakan di dalam untuk kekemasan pemakai kaftan

ada yang berminat oleh hubungi kami 0176672764 untuk tempahan pukal harga pun berbaloi.




Wednesday, 12 November 2014

QUOTATION PERCUMA Design Anda Sendiri


UMMI TAILOR
di kenali di kalangan pelanggan di Facebook..

MYKHALISH 
adalah nama syarikat kami iaitu MYKHALISH ENTERPRISE

ALHIJRAH COLLECTION TAILOR
di kalangan pelanggan Walk In ke Kedai kami.

Selain saya aktif menjual Pad & Pantyliner Lexee....saya juga sudah lama menceburkan diri dalam bidang 'Tailoring'...

Bidang ini adalah bidang yang saya suka walaupun saya tidak pandai menjahit...

Kenapa saya memilih untuk menjadi TAILOR ?

TIDAK perlu MODAL yang besar sebagai permulaan
TIDAK perlu mengharapkan TENDER Kerajaan
BOLEH berniaga dengan sesiapa sahaja tidak kira bangsa
BOLEH berniaga secara B to B atau terus kepada PENGGUNA
TIDAK perlu mempromosikan diri sendiri
TIDAK ramai yang sanggup
BOLEH bergaya MUSLIMAH untuk tampilkan diri
BANYAK MASA dengan keluarga
TIADA paksaan dari MAJIKAN / PELANGGAN




Boleh Follow IG kami iaitu : MYKHALISH_TAILOR_SHAHALAM

#Kami menerima tempahan pelbagai jenis pakaian dan langsir dengan harga sangat berpatutan...

#Kami juga membuat perkhidmatan servis ke BUTIK anda.

#Hubungi kami segera untuk mendapatkan QUOTATION PERCUMA

Sunday, 28 September 2014

KELAS MEMASAK UNTUK KANAK-KANAK

Salam Semua,

Kelas Masakan untuk kanak-kanak sempena cuti sekolah kini kembali lagi.

Kelas Kek Cawan & Apam
(Sabtu)
RM130/pax

Pagi:
* Belajar membancuh kek dan membakar
* Belajar menghias kek cawan menggunakan buttercream, chocolate frosting dan edible image
Petang:
* Belajar membancuh adunan apam
* Belajar mewarna adunan apam
* Belajar mencorak apam polkadot, dan apam bercorak serta berkarakter

DAN

Kelas Coklat & Cookies
(Ahad)
RM130/pax

Pagi* Belajar mencairkan coklat* Membuat pelbagai bentuk coklat dengan pelbagai inti* Membuat coklat oreo 

Petang
* Membuat cookies ala famos amos
   - Plain    - Coklat

Kenapa Kelas Masakan Untuk Kanak-Kanak?

Apa faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti ini?
Jawapannya adalah aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengasah deria dan psikomotor anak-anak anda.

Aktiviti memasak adalah aktiviti kepelbagaian deria. Kanak-kanak melihat, menghidu, merasa, menyentuh, dan mendengar. Lebih banyak deria terlibat, lebih banyak pembelajaran terjadi. Juga merupakan kegiatan yang sangat baik bagi peningkatan kosa kata kanak-kanak dengan pengenenalan perkataan baru melalui istilah memasak. Kanak-kanak melibatkan diri dan berkomunikasi sesama mereka . Memasak adalah kegiatan yang tidak ternilai harganya .

Pembelajaran Psikomotor adalah hubungan antara fungsi kognitif dan gerakan fizikal. Pembelajaran Psikomotor ditunjukkan oleh keterampilan fizikal seperti gerakan, koordinasi, manipulasi, ketangkasan, kekuatan, kecepatan; tindakan yang menunjukkan keterampilan motor halus seperti menggunakan sebarang peralatan, atau tindakan yang menunjukkan keterampilan motor kasar seperti penggunaan tubuh dalam tarian, muzik atau sukan. Perhatian diberikan kepada pembelajaran aktiviti koordinasi yang melibatkan lengan, tangan dan jari.

Selain dari sebab-sebab di atas, aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi bersama kanak-kanak lain dan meluahkan imaginasi dan kreativiti mereka, disamping meluangkan masa sempena cuti sekolah dengan lebih bermakna.

* Setiap kelas bermula dari 10.00pg-4.00ptg
* Kelas adalah group hands-on, di mana kanak-kanak akan membuat setiap modul secara berkumpulan. Resipi disediakan untuk semua peserta
* Makan tgh hari dan minum petang disediakan
* Sijil disediakan untuk setiap kelas

Hubungi/sms/email : 017-6672764 / mykhalish.store@gmail.com

Kelas Masakan untuk kanak-kanak khas untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. 





IDEA - Trading Food

PERKONGSIAN PROJEK FOOD TRADING



 PRODUK: TRADING KEK RED VELVET

Katakan anda pengeluar produk. 

- Kos yang paling kritikal adalah kos bahan. 

Sebiji kek red velvet di pasaran dengan saiz bekas seperti bekas dadih adalah berharga RM2.50. 

Kos bahan nya pula kemungkinan besar RM1.50. 

Ramai yang mengandaikan untung RM1 tersebut merupakan untung bersih. Walhal, setelah di tolak dengan kos upah, kos elektrik, untung bersih anda cuma sen-sen sahaja. 

Lihat contoh di bawah ini. 

Dengan menggunakan Tepung Premix Red Velvet, sekotak tepung ini dapat menghasilkan 30 bekas kek red velvet yang bersaiz besar (seperti di dalam gambar) yang boleh di jual maksimum sehingga RM4.50. 

Andaikan channel (tempat jualan) anda sekolah menengah. 

Anda ingin menjual dalam bekas seperti di dalam gambar dengan harga RM3.00 sebekas dan di supply ke kantin sekolah. 

Kantin sekolah akan menjual dengan harga RM3.50 .


Mari buat pengiraan keuntungan anda jika menggunakan Tepung Premix Red Velvet :

30 bekas - RM90
Modal tepung - RM16
Modal cheese - RM20
Air & Minyak - RM1
Elektrik - RM8
Bekas 30 - RM10
Upah membuat - RM20
Jumlah - RM75.

Keuntungan bersih sekotak tepung - RM15. 

Andaikan anda mempunyai 20 sekolah untuk di supply dengan kuantiti setiap sekolah 30 bekas. 

UNTUNG KASAR:
20 sekolah - RM15 X 20 = RM300  

RM30 Kos runner 
RM30 kos logistik

Jumlah - RM60 

UNTUNG BERSIH
RM300 - RM60 = RM240

 Ini untuk anda yang memang mengeluarkan produk.



Thursday, 17 April 2014

Pad Pantyliner Lexee FAQ : Macamana nak jadi ahli?


LEXEE sememang HEBAT, seperti ANDA!

* Ramai yang dah selesa dengan Lexee. 
* Ramai yang dah bertukar sepenuhnya kepada Lexee. 
* Ramai dah jadikan Lexee teman baik mereka kemana saja mereka pergi. 
* Ramai yang resah gelisah tanpa Lexee. 

Lexee Hebat..Anda pun Hebat!

Justeru ramai yang tertanya-tanya...







Pad Pantyliner Lexee FAQ : Kelebihan dan harga.

Setelah beberapa bulan menjual pad & pantyliner Lexee ini, ramai yang memberikan maklumbalas yang sangat baik tentang kebaikkan produk ini.

Maka untuk menyenangkan semua ahli dan pengguna Lexee, kami menyediakan FAQ khusus untuk kemuskilan Lexee..







Thursday, 10 April 2014

Hanya wanita memahami...Lexee

Antara komen pengguna lexee...kami tumpang hepi bila customer hepi...


Boleh tengok Lexee Demo disini  
berminat boleh hubungi saya utk perkongsian tentang Lexee di tempat anda.

Azila | 017.6672764 | 012.6642948

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...